Thursday, June 25, 2009

Pelangi Ku Pudar Tapi Tak Siapa Yang Mengerti

Bila kita nampak pelangi
Ramai yang akan kata pelangi itu indah
Memang pelangi itu indah

Namun bagi aku
Pelangi aku lebih dari itu
Pelangi aku pelangi indah, cantik, menawan, mendamaikan, menyeronokkan, membuai perasaan, mengubati, merawati, mengasihi, menyayangi, memahami

Pelangi aku sentiasa disisi aku ketika susah dan senang, duka dan suka
Setiap masa sentiasa bersama
Sentiasa bersinar dan berwarna
Memberi semangat untuk aku teruskan kehidupan

Kini pelangi aku semakin pudar
Pelangi ini bukanlah pelangi yang pertama yang pudar dari penglihatan ku
Tapi aku dapat rasakan itulah pelangi yang terakhir muncul dalam hidup ku
Kerana tidak mungkin pelangi lain akan muncul untuk aku

Pelangi pelangi yang pernah muncul dalam hidup ku
Memberi kegembiraan dalam hidup ku
Pelangi ini hadir setelah aku berikan hujan dan matahari
Aku jaga agar sentiasa bersemangat dan bewarna
Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan aku

Tapi mereka tinggalkan aku setelah menemui sumber hujan dan matahari yang baru
Dan aku tidak pernah bersedih untuk itu kerana itulah ketentuan mereka
Aku masih mengharapkan pelangi pelangi itu muncul kembali
Menemani satu pelangi yang tidak mahu meninggalkan ku
Kerana ia kasihan melihat aku yang berputus asa dalam mencari pelangi
Terima kasih kerana menemani ku
Terima kasih kerana tidak menghilang seperti yang lain

Ketika saat aku lemah dan hampir hilang kuasa
Muncul satu pelangi baru
Ia muncul selepas aku tangiskan hujan dan matahari selepas aku memadu kasih pada pelangi yang tinggal
Aku sayangkan dua pelangi yang ada kini tapi masih mengharapkan agar pelangi pelangi yang lain muncul kembali

Namun aku kasihan pada pelangi baru ini
Akibat kuasa ku yang lemah
Akibat sakit ku yang tidak terubat
Akibat derita yang tak mampu ku usir
Aku tidak memberikan ia cukup hujan dan matahari agar ia sentiasa segar dan bewarna

Seringkali aku gagahkan diri untuk mencurahkan hujan
Acapkali aku semangatkan diri untuk menyinarkan matahari
Setiap kali aku berusaha kuasa aku semakin lemah
Daya aku semakin kurang

Pelangi lama rasa terpinggir dan kecewa kerana aku tidak cukup berusaha untuk terus berkuasa
Ia menggugut meninggalkan ku

Pelangi baru rasa tertipu dan terpedaya kerana aku tiada kuasa untuk menggembirakannya
Ia melabelkan aku sebagai pembohong

Aku tidak salahkan semua pelangi yang muncul
Aku gembira dengan kehadiran mereka
Bagi aku
Pelangi yang bewarna warni itulah kuasa ku
Mereka memberi pengalaman kepada kuMereka memberi semangat kehidupan kepada ku
Merekalah roh aku

Pemergian mereka membawa bersama kuasa dan roh ku
Pelangi lama yang tinggal sekadar membuat aku bertahan sebentar
Pelangi baru yang muncul tidak memberikan aku cukup tenaga

Maka
Jika pelangi pelangi ku pudar warnanya
Jika pelangi lama mahu meninggalkan ku
Jika pelangi baru mahu mengatakan aku pembohong
Aku redha
Kerana aku telah bersedia untuk menemui pencipta ku
Kerana aku amat rindu pada syafaat kekasih-Nya

Bersama kata kata pelangi ku
Membangkitkan rasa kerinduan ku pada
Pencipta ku dan kekasih Nya
Lalu Dia mengajak ku kerumahNya

Oleh itu
Maafkanlah segala kesilapan, kesalahan, kekurangan, kebatilan aku
Wahai pelangi pelangi ku
Aku cuma hambaNya yang rindu padaNya
Andai kata roh ku kembali kepada ku
Andai kata kuasa ku pulang kepada ku
Andai kata Pencipta ku membenarkan kepulangan ku
Akan kita berjumpa lagi

Pelangi pelangi ku
Tinggalkanlah aku
Carilah hujan dan matahari di tempat baru
Semoga kalian lebih gembira
Daripada bersama ku yang penuh derita sengsara
Aku redha walaupun kau memahami ku atau tidak mengerti diri ku
Semuanya lumrah kehidupan hanya memandang kepada zahirnya sahaja
Selamat tinggal

*laziaf*
<(^-^)>

Friday, June 05, 2009

hidup ku

..........



apa kabar semua

lama zee tak menulis kat sini kan...??? maaf lah... zee tak berapa sihat lah... badan zee sakit²... yang sebetul nya perot zee yang tak berapa sihat

mula² jumpa doktor zee disaspek gastrik... tapi nak kate gastrik tak jugak sebab zee makan jerr ikut jadual pemakanan zee yang rutin... tapi tah lah... mase zee makan ubat gastrik tue sakit perot zee makin menjadi jadi... makanya bonda kate jangan makan dah ubat tue... so zee stop lah

lame² perot pun dah ok... siap pegi berurut lagi... picit²... sakit tapi syiok

tetibe 2 3 ari lepas pewot zee meragam kembali... pergi lah zee ke klinik smula... baik dokto yang merawat zee tu... wanita... dokto pun cakap lah yang asid dalam pwot zee telah merembes lebih dari yang diperlukan oleh badan zee... maka ia akan mengeluarkan banyak angin... makanya pwot zee akan kembong dan senak... sampai mengah² nak benafas pun sukar

zee angguk² jer lah... faham

dokto bagi zee ubat kuarkan angin dan ubat sakit pwot... mengantuk tul ubat nie... nie pun macam mamai jerrr

dokto tambah lagi yang bende nie semua terjadi sebab badan stress... bile stress mulalah hormon tak menentu... mungkin zee stress dengan keje... stress dengan perhubungan... stress dengan life... macam² lagi stress lah... maka dokto cadangkan zee kawal stress zee... kene senyum sokmo... hati kene ceria... makan banyak buah yang manis... dan zee rase zee kene kembali kepada zee yang dulu

tapi zee mushkil... zee masih mencari cari apa yang membuat kan zee stress... mebi zee banyak bersedih dan terlalu memikir pasal hubungan zee... mungkin itu sebab utama... zee akui banyak sangat rintangan dan salah faham antara zee dan dia belakangan ini... zee kene rilek dan toksah dilayan sangat kot bende² macam nie

takpe lah... ini semua pengajaran buat zee... belajar dari kesilapan

okay lah... zee dah blank... tak taw nak citer aper lagi... semoga kita semua sentiasa sihat dan dirahmati ALLAH dan sentiasa dipelihara DIA dari segala kecelakaan dan kebinasaan dan kezaliman

sampai bertemu lagi

..........


>(^o^)<
-xoxo-
*hugs&kisses*
::redZ-Ziaf::